|suatuharinanti

alaqsa runtuh semalam

Posted in Ummah & Dunia, hidup & ana by suhailsufian on Ogos 16, 2008

Al Aqsa runtuh semalam…..

“ Pada 15 ogos Alaqsa telah runtuh akibat kebakaran besar yang berlaku pada 12 hrbln…………..”

Kalaulah ini berita semalam adakah kita akan mengetahuinya sendiri? Atau kita akan menjadi orang yang hanya menerima berita setelah orang lain memberitakan kepada kita dan dengan berlagak kita akan mempersoalkan betul ke berita ni?

Inilah sedikit renungan dan muhasabah yang sempat ana tulis dalam kesempitan masa yang sangat sempit ini, tanya pada diri adakah kita mengambil berat isu al-aqsa dihati kita? Atau kita hanya menjadi mereka yang leka dan tidak merasa bersalah jika satu hari berlalu tanpa ada secebis usaha untuk alquds.

Kepada peminat hiburan, pasti semua ingat jika Mawi kahwin semalam

Kepada peminat sukan , semua pasti mengambil berat jika Kaka masuk ke SelangorFc semalam

Kepada semua peminat komik,semua pasti ternanti kalau semalam komik terakhir Naruto keluar

Kepada semua pasti mengetahui jika minyak naik lagi 2ringgit semalam,

Semua ini pasti diketahui, biasanya tanpa perlu bertanya,

Namun jika Alquds runtuh semalam, mungkin kita mengetahuinya esok atau hujun harini walaupun beritanya telah keluar semalam !!!!

Ana manginsafi diri ana yang hina dan berdosa kerana lalai tentang isu alaqsa,

Ana teringat ketika Syeikh Ahmad Yassin syahid, ana antara terakhir yang tahu dan mempercayai berita tersebut, lebih kurang sehari selepas syaheednya beliau barulah ana tahu,

astaghfirullahal adzim, astaghfirullahal adzim, astaghfirullahal adzim………

Ya Allah moga saudaraku dipalestin memaafkan kelalaian ku terhadap mereka !!!