Ain’t Enough!!

I.Alhamdulillah
Salam, alhamdulillah Allah mudahkan urusan, baru sahaja selesai menghabiskan ‘pembacaan’ fiqh muqaran. Doakan ana dibawah naungan Allah didalam imtihan ini.
Sebelum Isya’ tadi ana sempat sembang-sembang bersama beberapa rakan, sambil menikmati ‘Roti canai’ cicah sambal dengan air Koko. Isu yang bangkit- Oh betapa parahnya umat. Sahabat ana Fat (bukan nama sebenar) menceritakan perihal kenalannya yang hidup dirumah ibu bapanya bersama ‘awek’nya yang sedang sarat 4 bulan dengan pendapatan hasil ragut. Astaghfirullah. Namun yang paling menyentap pemikiran ana adalah dia timbulkan persoalan, “pergh blurr abes tak tahu nak buat ape” ye kalau kita dikedudukan itu apa yang kita akan lakukan?
Allah kekuatan pendakwah
Dikirim pada 12 Mei 2007 oleh ustaz Fauzi
I. TABIAT JALAN DAKWAHJalan dakwah bukanlah jalan yang mudah. Ia berliku-liku dan dipenuhi dengan ranjau dan onak yang menyakitkan serta hiasan dan keindahan yang mengelirukan. Tidak ada yang akan sampai ke hujung kecuali mereka yang dirahmati Allah. Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada kita kebergantungan pendakwah kepada Allah akan meringankan segala beban. Ketika Rasulullah s.a.w. begitu tertekan setelah ditolak oleh penduduk Taif,
Baginda s.a.w. bermunajat:
“Ya Allah, kepadaMulah aku mengadu kelemahan diriku, sedikitnya upayaku dan hinanya aku di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan segala makhluk yang tertindas dan Engkau jualah Tuhanku. Kepada siapakah akan Kau serahkan diriku ini? Kepada yang jauh yang akan terus membantaiku? Kepada musuh yang akan Kau serahkan nasibku di tangannya? Tetapi jika itu tidak mendatangkan kemurkaanMu, aku tidak akan gusar. Ya Allah, dengan cahayaMu yang menerangkan seluruh kegelapan dan mengindahkan urusan dunia dan akhirat aku berlindung dari ditimpakan ke atasku kemurkaanMu atau dijatuhkan ke atasku kemarahanMu. KepadaMu jualah aku menyerah sehinggalah Engkau meredhaiku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan denganMu.”
II. KEKUATAN HAKIKI
Pendakwah gusar dakwahnya ditolak oleh manusia. Dia memperelokkan kata-kata dan menghiasnya. Dia menyusun madah dan mengungkapkannya dengan penuh keyakinan. Menyelitkan nas dan bidalan supaya kata-katanya lebih difahami. Menggertak dan memujuk supaya emosi manusia tersentuh untuk berubah. Tetapi tiada yang mendengar kata-katanya dan tiada yang mempedulikan seruannya. Rupa-rupanya pendakwah kadang-kadang lupa bahawa dakwah kepada manusia adalah dakwah kepada hati sebelum dakwah kepada akal dan jasad. Hati hanya akan memahami bahasa hati. Kiasan dan bidalan, madah dan permisalan, gertakan dan pujukan hanya akan berinteraksi dengan akal. Sedangkan hati terus menunggu habuannya dari kata-kata hati.
Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya Imam Hasan Al-Banna -bhgn 1

Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya Imam Hasan Al-Banna
oleh: Syeikh Mohamad Abdullah Khatib
-Alhamdulillah Allah telah memberi kekuatan untuk ana menterjemah sebuah artikel yang ditulis bersempena dengan syahidnya Imam Al-Banna yang diambil daripada ikhwanonline
Moga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca. dan ana berharap teguran dan persoalan jika terdapat kesalahan pada terjemahan ini dan jika terdapat istilah ataupun perkara2 yang kabur daripada artikel ini.
بسم الله الحمن الرحيم
Telah hadirnya Imam Al-Banna ke muka bumi ini dengan keadaan yang diperlukan dunia. Ketahuilah sesungguhnya zaman beliau dilahirkan, zaman yang hidupnya aliran-aliran yang aliran kehancuran dan atheisme (ketidak percayaaan kepada agama), pertembungan antara musuh-musuh islam, seeungguhnya alam islam ketika itu dijajahi dengan pelbagai langkah dan cara penjajahan. Hasil daripada penguasaan kuasa-kuasa barat yang memusuhi islam. Serangan pemikiran dan kemodenan (mengikut cara barat) keatas daripada kebanyakan negara2 Islam, dan semua perkara ini terzahir secara jelas keatas alam islami selepas para muslimin menguasai alam secara ideologi, kemajuan untuk beberapa kurun yang lama.
video – GAZA , children dan tindakan !!
Aasif, kurng mengupdate , mungkin kerana exam. Namun ana tahu bahawa imtihan merupakan hujah yg tidak kukuh, malah ia akan menjadi aib bagi ana jika dlm keadaan yg sebok sedikit je sudah gagal menyebarkan mengenai isu gaza kepada umum, sudah gagal membahagikan masa untuk menunaikan hak mereka disana !!!
Seorang murabbi pernah berkata kepada anak buahnya (boleh buka blog beliau inijalanku.wordpress.com ,update terbaru mengenai kenyataan 40 ulama’ mesir mengenai gaza) , apabila anak buahnya bertanya – Saya seorang yg sebok susah membahagikan masa untuk dakwah…. maka beliau tidak menjawab tetapi bertanya kembali “anta tidur cukup tak? makan kenyang tak? ada tak masa sembang2 lagi? “ Jelas kita masih leka dan masih banyak kelalaian terhadap saudara kita disana.
Sedikit perkongsian video2 yg ana lihat dlm masa seminggu ini. harap membantu . Shukran.
Video kanak2 yg ditembak
video kenyataan israel dan kesan tembakan pada kanak2(mereka ditembak tepat di hati)
video ini telah dibuang diyoutube selepas beberapa hari, kemudian ana upload balik.
Video cnn bukti Israel yg melanggar perjanjian !!
Video rise of GAZA !!!
Ucapan Ustaz Abdullah Zaik
- CEO Aman Palestin Berhad
- Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA
Rise of Gaza menyatukan rakyat Malaysia , dimana semua ideologi politik dan fahaman diketepikan dan bersatu atas asas yang satu..ISLAM dan GAZA !!!
Terdapat perwakilan dari PAS, UMNO dan badan2 utama lain di Malaysia.
Inilah bentuk kerjasama dan perpaduan yg perlu ada diMalaysia, yg mana sudah begitu lama merka tidak bersatu, apabila melakukan demo atau tinjuk perasaan, maka semua selesa dengan blok masing2
Bersamalh kita berdoa moga Allah memberi kemenangan di Gaza. dan bersamalah kita berdoa moga rakyat Malaysia mampu untuk berjuang amengenai isu ini.
Ameen ya rabbal Aaalamin.
Sambutan harijadi ke-22

Salam, hari ini merupakan hari yang panjang.. dengan cuba menghabsikan silibus pelajaran dan pelbagai aktiviti lain yg dirasakan agak menyebokkan sebagai persediaan untuk sambutan raya haji pada hari lusa.
Dalam perjalanan pulang daripada membeli barangan keperluan rumah ana dan org rumah pun bersiap untuk makan malam, yg mana dalam usaha untuk merancang kewangan dengan baik, kami hanya makan to’miyah/falafil dan batatis/kentang goreng bernilai 3 geneh sahaja bersama ish yg sudah sejuk. Walaupun kami terbelanja lebih dengan teilap beli sepaket cokolat toblerone yg disangkanya 3 geneh rupanya 8.5 geneh, yg disedari selepas membayar semua barangan.

makanan jamuan hari jadi
Ketika makan malam tiba-tiba ahli bait bertanya soalan pelik ” xxxxx , kalau dalam islam maghrib kira dah masuk hari baru kan? ” ana menjawab ” ye la xxxxxx, nape?’ ” Selamat hari jadi !! “
Setahun yang berlalu – sebuah checklist
Setahun yang berlalu…
Ade yang makin hensem, makin macho , makin mantap, makin berisi, makin kurus, makin bertambah dan makin berkurang.. ade pula yang dah jadi lain dari yang lain.. hu hu
fatwa, kukubesi, wanita dan sebuah blog
Tiada siapa boleh menafikan bahawa situasi yang berlaku di Malaysia sekarang sukar dijangka. Dengan situasi Malaysia sekarang ramai yang cuba mencari kebenaran dan penyelesiaan kepada masalah di Malaysia. Perlu jelas ” الاسلام هو الحل!! ” Islam adalah penyelesaian !! dan urusan islam tiadalah yang layak menguruskannya melainkan orang Islam sendiri.
Sedikit pandangan ana terhadap 2 video klip Malaysiakini yang ana rasakan sangat melampau dan, mencalar keagungan Islam sendiri. Kepada mereka yang belum sedar bahawa malaysiakini atau malaysia today milik Raja Petra adalah berfahaman terlampau liberal, mungkin video klip ini boleh memberi gambaran sebenar siapakah mereka.
Respon ana terhadap video ini.
video ramadhan 2
Assalamualaikum,
Bagaimana ramadhan kita? Ana merasakan semua penyesalan dahulu kembali mendatang namun, masih melakukan kesilapan yang sama- gagal menguatkan diri !! Moga Allah memberi kekuatan untuk ku melangkah lebih jauh….
Sedikit video yang ana siapkan dalam kesempitan waktu, maaf kalau agak pendek, ana hanya menyiapkannya dalam kurang daripada sejam, biasanya ana mengambil masa minima 3 jam lebih untuk satu video 2 – 3 minit.Errm hasil dia sederhana namun harap dapat mengambil pengajaran dan bersama menngkatkan rasa mesra dengan Allah. Wallahu a’alam
latest update, file format vsd dan words untuk didownload
Asslamaualaikum, file format vsd dan words untuk didownload. Semuanya didalam bentuk rasmul bayan (peta minda) harap dapat membantu serba sedikit ulangkaji ketika musim cuti ini,
Antara yang menarik
1. Semua subjek Syariah fasa2 Al-Azhar
2. Risalah Ila Syabab, Imam Asy Syahid Hasan Albanna
3. Mukaddimah almulk
4. Fiqh Manhaji – Bab Tayammum
Harap dapat membantu kita semua dalam lebih memahami agama ini insya’allah.
(jika ada keasalahan boleh berhubung terus dengan ana melalui emel di suhailsufian@yahoo.com)
Sebuah kesyukuran
Alhamdulillah, tiada lafaz yang lebih indah untuk diungkapkan selepas mendapat suatu nikmat melainkan segala puji kepada yang padanya hakikat sebuah pujian dilafazkan dan selawat dan salam keatas junjungan besar kekasih selepasNya, Muhammad yang telah berkorban hanya kerana ingin bersama dengan kita didalam syurga kelak. Minta maaf diatas kelewatan menulis, kesebokan menyusun dan membina rumahtangga agak membataskan waktu untuk ana menulis.
Setinggi pujian kepada yang Esa kerana telah menyatukan antara hati ana dan hati ukhti Hasanah binti Khairuddin pada pagi 4 Rejab 1429H bersamaan 17 Julai 2008 sekitar jam 11 pagi di Musolla Asrama Rumah Melayu Abbasiyah, Kaherah. Alhamdulillah ana berjaya diakad nikahkan oleh bapa mertua ana Encik (abah) Khairuddin Derwish dan Ustaz Faizul dan Ustaz Shuhaib sebagai saksi. Suasana dewan yang sangat meriah membuatkan hati sedikit gementar dan Alhamdulillah akad nikah sah selepas dua kali cubaan.
Bermulanya sebuah kisah cinta…
Bismillahirrahmanirrahim, pertama sekali ana memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah memberi ana rezeki dan kemampuan serta memudahkan semua rurusan ana dalam membina cinta.
Bagaimanakah permulaan kisah percintaan ana? Soalan yang memang akan sentiasa berlegar disekeliling mereka yang mengenali diri ana. Dah lama kenal ke? Camner boleh jumpa? Dan sebagainya. Namun sebuah hakikat yang indah adalah kalaulah ana melihat tunang ana 6 bulan yang lepas pasti kami takkan mengenali diantara satu sama lain, dari segi nama apatah lagi peribadi dan akhlak.
Ya !! Kami memulakan kisah kami agak gharib (pelik) (lagi…)
what best friends 4 hah ??
What’s best friend 4 hah?
Well, this is my first article in english , ermmm, maybe because my best friend like english very much that he always write down many,many and many quotes that he found, he even bought a book that have hundreds of quotes at a Salvation (christian) bookstore. Well not much to tell about him, but just a little piece of great things I got from him.
menyingkap isu terbesar didalam kehidupan- kebangkitan iman
Sedikit perkongsian, sebuah artikel daripada Dr Majdi Hilali yang ana ambil daripada lamanweb ikhwanonline. Walaupun tajuknya sangat kurang menarik, ye la “pasal iman” sape la nak baca sangat?dah selalu sangat dengar dari kecik lagi kan? Tapi hakikatnya dalam sehari kita hidup berapa banyak sangatlah perkara yang kital lalui dengan penuh keimanan , dan berapa sangatlah kuatnya iman kita?tapi dalam masa yang sama kita berasa sangat tenangdan yakin dan rasanya macam insyaallah konfem masuk syurga !!!! Harap tulisan ini berguna untuk bekalan disepanjang perjalanan didalam hidup kita. Maaf jika ayat agak berbelit, ini hasil terjemahan ana yang pertama. (lagi…)
imtihan dan masa
IMTIHAN DAN MASA
Alahamdulillah baru habis imtihan terakhir untuk tahun pertama rasa macam baru semalam sajer menjejakkan kaki ke bumi mesir yang penuh barakah ini. Errm, habis imtihan, maknanya….. merdeka ke? Sebenarnya ape imtihan tu? Bila difikirkan semula rasa cam tak berbaloi lak kalau imtihan habis dengan exam fasa 2 atau exam final, sedikit buah fikir tentang imtihan dan masa,
Sedikit jadual tentang imtihan dan masa:
hari yang indah
Sabtu-10/5/2008, Hari yang indah?? Ye ke? Tertidur lepas subuh dan terjaga hanya sejam sebelum peperiksaan bermula (tertidur sampai pukul 8 exam start kol 9) dgn pantas bersiap dalam masa yang sama masih ada 41 muka surat Alquran untuk dilancarkan, go through 685 muka surat buku teks, melancarkan 7 set rasmul bayan, melancarkan lebih 20 takrif dan hari penting dalam hidup, di mesir dan ..……. ,memang mencabar !!! Hanya satu sahaja penyelamat ketika ini ‘rahmat tuhan’. Doa sahaja yang mampu dilakukan. Huh, memang menakutkan. Persoalannya dalam keadaan ini adakah hari ini akan menjadi indah?










leave a comment