|suatuharinanti

Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya Imam Hasan Al-Banna -bhgn 1

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on Februari 15, 2009

ss29

Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya  Imam Hasan Al-Banna

oleh: Syeikh Mohamad Abdullah Khatib

 -Alhamdulillah Allah telah memberi kekuatan untuk ana menterjemah sebuah artikel yang ditulis bersempena dengan syahidnya Imam Al-Banna yang diambil daripada ikhwanonline

Moga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca. dan ana berharap teguran dan persoalan jika terdapat kesalahan pada terjemahan ini dan jika terdapat istilah ataupun perkara2 yang kabur daripada artikel ini.

بسم الله الحمن الرحيم

                Telah hadirnya Imam Al-Banna ke muka bumi ini dengan keadaan yang diperlukan dunia. Ketahuilah sesungguhnya zaman beliau dilahirkan, zaman yang hidupnya aliran-aliran yang aliran kehancuran dan atheisme (ketidak percayaaan kepada agama), pertembungan antara musuh-musuh islam, seeungguhnya alam islam ketika itu dijajahi dengan pelbagai langkah dan cara penjajahan. Hasil daripada penguasaan kuasa-kuasa barat yang memusuhi islam. Serangan pemikiran dan kemodenan (mengikut cara barat) keatas daripada kebanyakan negara2 Islam, dan semua perkara ini terzahir secara jelas keatas alam islami selepas para muslimin menguasai alam  secara ideologi, kemajuan untuk beberapa kurun yang lama.

(lagi…)

Sambutan harijadi ke-22

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, Kalamullah & Ana, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on Disember 6, 2008

xbs90397

Salam, hari ini merupakan hari yang panjang.. dengan cuba menghabsikan silibus pelajaran dan pelbagai aktiviti lain yg dirasakan agak menyebokkan sebagai persediaan untuk sambutan raya haji pada hari lusa.

Dalam perjalanan pulang daripada membeli barangan keperluan rumah ana dan org rumah pun bersiap untuk makan malam, yg mana dalam usaha untuk merancang kewangan dengan baik, kami hanya makan to’miyah/falafil dan batatis/kentang goreng bernilai 3 geneh sahaja bersama ish yg sudah sejuk. Walaupun kami terbelanja lebih dengan teilap beli sepaket cokolat toblerone yg disangkanya 3 geneh rupanya 8.5 geneh, yg disedari selepas membayar semua barangan.

dsc020651

makanan jamuan hari jadi

Ketika makan malam tiba-tiba ahli bait bertanya soalan pelik ” xxxxx , kalau dalam islam maghrib kira dah masuk hari baru kan? ” ana menjawab ” ye la xxxxxx, nape?’ ” Selamat hari jadi !! “

(lagi…)

Apabila zina lebih mudah daripada kahwin…..

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, Sufi & Ibadah, hidup & ana by suhailsufian on Disember 4, 2008

 

 

pp000501

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin 

 

Artikel yang ditulis of Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin. (lagi…)

Setahun yang berlalu – sebuah checklist

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, Sufi & Ibadah, Thaqafah & Umum, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on November 29, 2008


dscn6560

Setahun yang berlalu…

Ade yang makin hensem, makin macho , makin mantap, makin berisi, makin kurus, makin bertambah dan makin berkurang.. ade pula yang dah jadi lain dari yang lain.. hu hu

(lagi…)

Ditag oleh:, ,

fatwa, kukubesi, wanita dan sebuah blog

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, Sufi & Ibadah, Thaqafah & Umum, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on November 8, 2008

logo_en

Tiada siapa boleh menafikan bahawa situasi yang berlaku di Malaysia sekarang sukar dijangka. Dengan situasi Malaysia sekarang ramai yang cuba mencari kebenaran dan penyelesiaan kepada masalah di Malaysia. Perlu jelas  الاسلام هو الحل!! ” Islam adalah penyelesaian !! dan urusan islam tiadalah yang layak menguruskannya melainkan orang Islam sendiri.

 

            Sedikit pandangan ana terhadap 2 video klip Malaysiakini yang ana rasakan sangat melampau dan, mencalar keagungan Islam sendiri. Kepada mereka yang belum sedar bahawa malaysiakini atau malaysia today milik Raja Petra adalah berfahaman terlampau liberal, mungkin video klip ini boleh memberi gambaran sebenar siapakah mereka.

 

 

            Respon ana terhadap video ini.

(lagi…)

video ramadhan 2

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on September 15, 2008

Assalamualaikum, 

Bagaimana ramadhan kita? Ana merasakan semua penyesalan dahulu kembali mendatang namun, masih melakukan kesilapan yang sama- gagal menguatkan diri !! Moga Allah memberi kekuatan untuk ku melangkah lebih jauh….

Sedikit video yang ana siapkan dalam kesempitan waktu, maaf kalau agak pendek, ana hanya menyiapkannya dalam kurang daripada sejam, biasanya ana mengambil masa minima 3 jam lebih untuk satu video 2 – 3 minit.Errm hasil dia sederhana namun harap dapat mengambil pengajaran dan bersama menngkatkan rasa mesra dengan Allah. Wallahu a’alam

Sebuah kesyukuran

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, Sufi & Ibadah, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on Julai 29, 2008

Alhamdulillah, tiada lafaz yang lebih indah untuk diungkapkan selepas mendapat suatu nikmat melainkan segala puji kepada yang padanya hakikat sebuah pujian dilafazkan dan selawat dan salam keatas junjungan besar kekasih selepasNya, Muhammad yang telah berkorban hanya kerana ingin bersama dengan kita didalam syurga kelak. Minta maaf diatas kelewatan menulis, kesebokan menyusun dan membina rumahtangga agak membataskan waktu untuk ana menulis.

Setinggi pujian kepada yang Esa kerana telah menyatukan antara hati ana dan hati ukhti Hasanah binti Khairuddin pada pagi 4 Rejab 1429H bersamaan 17 Julai 2008 sekitar jam 11 pagi di Musolla Asrama Rumah Melayu Abbasiyah, Kaherah. Alhamdulillah ana berjaya diakad nikahkan oleh bapa mertua ana Encik (abah) Khairuddin Derwish dan Ustaz Faizul dan Ustaz Shuhaib sebagai saksi. Suasana dewan yang sangat meriah membuatkan hati sedikit gementar dan Alhamdulillah akad nikah sah selepas dua kali cubaan.

(lagi…)

Bermulanya sebuah kisah cinta…

Bismillahirrahmanirrahim, pertama sekali ana memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah memberi ana rezeki dan kemampuan serta memudahkan semua rurusan ana dalam membina cinta.

Bagaimanakah permulaan kisah percintaan ana? Soalan yang memang akan sentiasa berlegar disekeliling mereka yang mengenali diri ana. Dah lama kenal ke? Camner boleh jumpa? Dan sebagainya. Namun sebuah hakikat yang indah adalah kalaulah ana melihat tunang ana 6 bulan yang lepas pasti kami takkan mengenali diantara satu sama lain, dari segi nama apatah lagi peribadi dan akhlak.

Ya !! Kami memulakan kisah kami agak gharib (pelik) (lagi…)

what best friends 4 hah ??

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on Julai 1, 2008

What’s best friend 4 hah?

Well, this is my first article in english , ermmm, maybe because my best friend like english very much that he always write down many,many and many quotes that he found, he even bought a book that have hundreds of quotes at a Salvation (christian) bookstore. Well not much to tell about him, but just a little piece of great things I got from him.

(lagi…)

imtihan dan masa

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, Thaqafah & Umum, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on Jun 9, 2008

IMTIHAN DAN MASA

Alahamdulillah baru habis imtihan terakhir untuk tahun pertama rasa macam baru semalam sajer menjejakkan kaki ke bumi mesir yang penuh barakah ini. Errm, habis imtihan, maknanya….. merdeka ke? Sebenarnya ape imtihan tu? Bila difikirkan semula rasa cam tak berbaloi lak kalau imtihan habis dengan exam fasa 2 atau exam final, sedikit buah fikir tentang imtihan dan masa,

Sedikit jadual tentang imtihan dan masa:

(lagi…)

hari yang indah

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on Mei 17, 2008

Sabtu-10/5/2008, Hari yang indah?? Ye ke? Tertidur lepas subuh dan terjaga hanya sejam sebelum peperiksaan bermula (tertidur sampai pukul 8 exam start kol 9) dgn pantas bersiap dalam masa yang sama masih ada 41 muka surat Alquran untuk dilancarkan, go through 685 muka surat buku teks, melancarkan 7 set rasmul bayan, melancarkan lebih 20 takrif dan hari penting dalam hidup, di mesir dan ..……. ,memang mencabar !!! Hanya satu sahaja penyelamat ketika ini ‘rahmat tuhan’. Doa sahaja yang mampu dilakukan. Huh, memang menakutkan. Persoalannya dalam keadaan ini adakah hari ini akan menjadi indah?

(lagi…)

imtihan oh imtihan

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, hidup & ana by suhailsufian on Mei 2, 2008

tiadalah ujian melainkan…(sekadar gambar hiasan)

Imtihan oh imtihan, suasana yang sering dinantikan penghujungnya. Tatkala musim imtihan mendekati kita sering menantikan pengakhirannyya. Sebelum itu ana ingin meminta maaf kerana gagalistiqamah didalam blog, kebelakngan ni agak sebok dengan peperiksaan dan urusan lain. Jadi ini mungkin penulisan terakhir ana untuk sblm imtihan, namun ana akan cuba untuk mengupdate setiap minggu. Moga Allah beri kekuatan.

Bila sebut pasal imtihan maka kita takleh lari dari blaja, jadi hakikat imtihan adalah untuk menguji sejauh mana pelajaran yg kita dpt dan usahakn. Jadi timbullah suasana shadaid( tekanan diatas tahap biasa) sepanjang musim ini berjalan dan ramailah “mula” studi. (lagi…)

aku cinta padamu sara……

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, Sufi & Ibadah by suhailsufian on Mac 16, 2008

best-wallpapers-104.jpg

(sekadar gambar hiasan)

Aku cintamu sara….

“Sungguh belaianmu disetiap pagi menyukarkan ku untuk bertemu kekasih pertamaku, mungkin kerana lembutnya bersamamu membuat aku merasa selesa untuk terus bersamamu walaupun sudah berkali kekasih pertama ku memanggil ku, walaupun ramai sudah menegurku untuk meninggalkanmu seketika, namun oh sukarnya untukku meninggalkanmu….”

(lagi…)

untuk shuhaib dan uswah

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, dakwah & harakah, hidup & ana, seni & ana by suhailsufian on Mac 5, 2008

Sedikit klip sebgai hadiah kepada sahabat ana shuhaib,

Kepada yang lain harap mendapat sebanyak mungkin pengajaran dan iktibar daripada klip ini.

Minta maaf tulisan kurang jelas, masalah teknikal bila dia tukar format. Aasif jiddan.

Wallahu a’lam.

perkahwinan seorang bujang

Posted in Akhlak & Ukhuwwah, dakwah & harakah, hidup & ana by suhailsufian on Mac 2, 2008

best-wallpapers-8.jpg

Alhamdulillah seorang sahabat ana baru sahaja malangkah ke dunia baru. Shuhaib dan Uswah moga Allah mencucuri keberkatan dan rahmat ke atas mereka berdua .

Ana tefikir satu soalan yang agak ‘bombastik ‘. Bolehke seorang bujang berkahwin tapi dalam masa yang sama dia masih ingin menjadi bujang? (lagi…)