Kesilapan pemikiran ber-kronologi


Salah satu sebab utama malasnya dan lembapnya generasi hari ini dalam proses menjadi seorang yang hebat,, adalah kerana silapnya mereka dalam berfikir tentang apa pada masa apa.

Saya namakan isu ini sebagai “kesilapan pemikiran ber-kronologi”

Secara umum, apa yang didalam fikiran kita sentiasa dirangsang oleh keadaan sekeliling kita secara minda sedar (conscious) atau separa sedar (sub-conscious). Dan semua ini ada kaitan yang terus dengan post ini, namun tujuan utama, jelas, jom ubah!

Lubang Tikus

Secara sedar adalah apabila kita memilih untuk berfikir dengan apa ketika sesuatu perkara berlaku. Contohnya kita memilih untuk makan apa pada hari ini dan sebagainya, manakala secara separa sedar adalah apabila maklumat yang masuk ke dalam fikiran kita berlaku tanpa dirancang, dan kerana keluasan dan kecekapan deria kita, pantas menangkap apa sahaja yang berlalu, secara tidak langsung, menjadikan kita terpengaruh didalam suasana itu. Kerana itu pepatah psikologi Inggeris menyebut “A Rat will always be a Rat in a rat hole”

Jadi apabila kita berfikir sesuatu, dan perasaan tidak selesa, nak marah, dan sebagainya, boleh jadi bukan kerana tabiat kita yang biasa didalam konteks biasa, namun kerana terpengaruh dengan konteks yang ada menyebabkan, kita menjadi mengikut suasana yang ada. Maka jadilah seekor tikus didalam lubang tikus walaupun pada asalnya dia hanyalah manusia.

Sebenarnya itulah konklusi sekumpulan saintis sosial, selepas eksperimen mereka pada awal 70-an di Universiti Stanford yang diketuai oleh Philip Zimbardo, apabila mereka membenarkan teori bahawa penjenayah didalam penjara menjadi lebih ganas bukan kerana tabiat mereka tetapi kerana suasan yang tertekan didalam penjara, apabila mereka menjadikansebuah bilik dibawah Universiti mereka.

Apa yang menakjubkan, semua sukarelawan eksperimen iotu yang terpilih dari pelbagai latarbelakang yang baik dan sederhana, mula berperangai menjadi seperti banduan dan polis yang ganas, hanya kerana mereka duduk didalam suasana itu, dan bukan kerana tabiat mereka. Malah komen mereka “Kami tidak bersedia untuk menghadapi perubahan drastik ini” menggambarkan betapa mudah manusia berubah, mengikut konteks mereka berada.

Jadi persoalannya, hari ini, adakah anda yang mengawal hidup anda? Ataupun anda dikawal oleh suasana sekeliling? MAsa depan adakah ditangan anda? ataupun masa depan anda milik keadaan yang anda ada?

Kesilapan pemikiran ber-kronologi

Kesilapan pemikiran berkronologi berlaku apabila manusia yang berada pada hari ini sudah mula melupakan bahawa didalam fikiran kita ada tiga kedudukan masa yang boleh berlaku berdasarkan The Energy Model diatas.

  1. Kita boleh berfikir dan fokus pada masa silam, dan mengenang kejayaan kita yang lepas, dan menjadi seronok, ataupun mengenangkan kekurangan kita yang lepas yang tidak boleh dibetulkan semula.
  2. Kita juga boleh berfikir tentang masa kini, dan berfikir untuk meletakkan tenaga yang ada dan masa yang ada untuk apa? untuk berehat ataupun bekerja?
  3. Kita juga boleh berfikir tentang masa depan, dan memimpikan suatu yang indah ataupun risiko yang bakal diterima.

Yang menariknya ketiga – tiga perkara ini ada tabiatnya yang akan menguasai apabila kita melihat kepadanya secara lama.

Tabiat jika sentiasa melihat kebelakang adalah, akan sentiasa nampak kekurangan dan apa yang kita tak dapat dan salah dalam kehidupan, kerana biar manusia itu buat sekuat manapun hari ini, dia pasti tidak akan dapat semua dan penuh kesilapan kerana manusai bukan Tuhan, tapi hanyalah hamba yang lemah yang pasti akan kurang.

Manakala tabiat hari ini adalah bersungguh didalam bekerja, kerana keadaan semasa yang terlalu pantas dan sentiasa dirasa tidak cukup, 24 jam, jika seorang tidak lihat hari esok dan semalam, akan sentiasa dirasai terlalu pendek, kan…

Dan yang terakhir, tabiat esok adalah optimis dan sentiasa merasakan kehidupan bercita – cita, kerana hari esok tiada sempadan, beranganlah sekuatnya dan tidak akan berhenti hari esok.

Kesilapan pemikiran berkronologi berlaku apabila memilih untuk BERFIKIR dalam RUANG MASA yang TIDAK SESUAI pada WAKTU YANG TIDAK SESUAI.

Contohnya, ketika sedang mesyuarat duduk mengenang dosa yang silam dan menangis ke hadrat Allah, sedangkan manusia lain sebok memikirkan berapa Ringgit kos untuk membuat Konvensyen Keilmuan Bla bla.

Begitu juga apabila sujud menghadap Allah, ketika itu berfikir, apakah kesudahan cerita Naruto yang tengah baca sebelum azan, adakah Naruto sebagai hero utama akan mati? Atau dia berjaya bla bla bla.

Ataupun, ketika melakar cita – cita hidup, berfikir tentang tandas, dimana sudah menahan lebih setengah jam.

Itulah dan itulah…

Kesimpulan

Hidup ini terlalu pantas dan terllau banyak tuntutan.

Bayangkan seminit dalam sehari, facebook, emel, whatssapp, buku, kerja, anak ,isteri, Mak, bil eletrik, makan, tutti frutti, terlalu banyak yang bercapur, diantara keinginan semalam yang tak tertunai dan hari ini yang menggunung!!

Maka dalam konteks sedemikian, berdasarkan teori “Lubang tikus” adakah anda akan jujur dan mengambil keputusan untuk berfikir dengan strategik, yang terbaik, dan tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling?

Ataupun hidup anda semua telahpun diatur mula bangun hingga tidur, tidak berfikir untuk hari esok yang optimumnya untuk jujur terhadap keinginan sendiri dan mencipta masa depan sendiri?

Dan sebelum tidur milik hari semalam, dengan taubat dan perubahan yang berterusan tanpa melakukan kesilapan yang sama? Adakah mampu kita nafikan Melayu Mudah Lupa?

Malah seboknya anda bekerja hari ini? Adakah ianya atas keputusan anda dan anda yang memikirkannya? Ataupun hanyalah menurut kehendak suasana yang anda duduk…………

Akhirnya, siapa yang anda ingin jadi?

Bermula dengan apa yang anda fikirkan, kerana apa yang anda fikirkan itu yang akan anda buat, tak guna juga kalau fikri dan cakap, ambil tindakan, bina masa depan sendiri.

Masa itu, kalau gagal, dan lihat masa lepas, kita puas, jika tidak, adakah anda akan salahkan suasana? Sedang anda mampu berfikir dan berubah dri sekarang.

Suatuharinanti…insya’allah.

About these ads

One comment on “Kesilapan pemikiran ber-kronologi

  1. @Kiyai Jr berkata:

    Reblogged this on jiwarasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s