Nabi tidak main the blaming game


Nabi mengajar kita untuk berusaha, walaupun menyalahkan Jahiliyah itu lebih mudah, tapi Nabi ajar, kalau kamu tak usaha itu salah kamu, bukan salah Quraisy atau Rom atau Parsi.

Itulah yang diajar dan ditanam, sahabat meletakkan mereka mampu menumbangkan Quraisy, Parsi dan Rom.

Jika dari awal mereka menyalahkan Quraisy, Rom dan Parsi semata, maka dari awal lagi mereka takkan yakin boleh menang lawan mereka, kerana hidup Muslim akan tertumpu bahawa Quraisy, Rom dan Parsi kuat sampai mengganggu hidup kita! sampai kita tak mampu untuk lawan! sampai kita lemah!

Namun apabila ramai diseksa, dan dihina diMekah…adakah Nabi mengajar mereka untuk menyalahkan?

Jawapannya tidak, Nabi fokuskan kepada membina sifat sabar dan membina kekuatan. 

Nabi tanamkan bahawa Iman, Sabar dan kualiti dirimu lebih berharga dari sikap menyalahkan dan emosi tanpa kawalan.

Kawal emosimu! Kawal semangatmu! Seperti hadis Khabab yang mana Nabi menyuruhnya untuk sabar!

Sabar bukan erti kamu taha dengan naif! namun lebih mahal adalah kamu belajar untuk tidak menyalahkan mereka atas kekurangan dirimu, atas kekurangan umatmu.

Maka binalah umatmu! Itu yang utama.

Namun apabila sampai semboyan perang…….tatkala itu Nabi mengajar, sabar ada tempatnya, dan ketika itu perjuangan yang ada bukanlah kerana dendam dan menyalahkan mereka.

Namun lebih difokuskan kepada pembinaan Ummah.

Kalau ingin bermain permainan salah menyalahi pasti banyak hadis menceritakan Nabi menyalahkan kaum Quraisy dan membakar api kebencian.

Begitu juga kita pada zaman ini. 

Jangan salahkan liberal kalau kita lemah! Jangan salahkan sekularisme kalau kita lemah! Jangan salahkan Kristian dan Yahudi kalau kita lemah! Jangan salahkan Nasionalis jahiliyah kalau kita lemah! Jangan salhkan sosialis kal;au kita lemah!

Kerana berdasarkan fiqh yang sama, seperti sahabat ditanam, sabar kita kepada mereka menjadikan kita menghadapi setiap satu tanpa emosi tak tentu hala, dengan menyalahkan mereka terhadap kemunduran akhlak, kemunduran akidah, kemunduran itu dan ini… siap buat page facebook menyalahkan, blog menyalahkan, surat khabar menyalahkan itu dan ini.

Tapi kita takkan maju kalau kita menyalahkan.

Kita hanya maju kalau kita tolak diri untuk maju dan usaha sampai hampir mati, barulah maju.

Namun sabar yang ada bukan bererti kita naif, juga kalau buta terhadap ancaman mereka secara mutlak juga naif!

tapi bila perlu lawan, perlu perbetulkan, maka Abu Bakar sahabat palign hampir dan paling lembut juga bercanggah dengan Umar untuk memerangi golongan Murtad !

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s