RESEPI AYAM MASAK MERAH


ayammasakmerah.jpg
Mungkin merupakan suatu perkara yang pelik untuk ana meletakan resepi didalam blog ana, tapi islamtu kan syumul, kalau masakan bukan sebahagian dalam islam maka ia takkan menjadi salah satu cara kita memuliakan tetamu yang merupakan sebahagian dari islam. Walaubagaimanapn sebelum ana menerangkan mengenai cara memasak mari kita merenung ‘garam’ dan apa yang kita boleh kaitkan dalam kehidupan kita.
“Garam dalam masakan,ibarat hiburan dalam kehidupan,kita perlukannya tapi secukup rasa sahaja. “

Bahan-bahan :
Ayam separuh
Bawang besar seulas potong halus
Cili serbuk/cili kering/cili hidup

Bahan tumis :
¼ kilo Bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia secukup rasa
Kasbarah secukup rasa
Kayu manis secukup rasa
Bunga cengkih scukup rasa

Cara-cara memasak.
1. Kisar halus bawang besar untuk tumis
2. Tumis lebih kurang dua minit semua bahan tumis kecuali bawang besar(tunggu naik bau)
3. Masukkan bawang besar yang sudah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masuk cili(mengikut tahap kepedasan yang diingini)
5. Tumis sebentar dan masukkan solsoh secukup rasa.
6. Tumis sehingga pekat
7. Garam gula secukup rasa.
8. Ayam goreng dan masukkan dengan sambal yang sudah siap ditumis.
Tips memasak.
1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Beranikan mencuba dan sentiasa mencuba
3. Pengalaman jadikan kayu ukur untuk masak
4. Tumis pastikan lama kerana masakan melayu banyak bergantung pada tumis (ketika walimah shuhaib sambal ditumis hampir 3jam lebih kerana jumlah bawang yang banyak)
5. Bawang putih tumis sekejap je, jangan lama sangat sebab cepat hangit.
6. Kebanyakan rempah merupakan pilihan untuk tambah rasa melayu sikit, bahan asas Cuma bawang besar cili dan solsoh.
7. Jangan takut untuk menambah garam dan gula tetapi tambah dengan penuh teliti dan rasa setiap kali menambah. (sambal walimah shuhaib untuk 600 orang makan dan ditambah dengan 3 paket gula secara serentak pada pagi walimah untuk baiki rasa)
8. Semakin banya bawang semakin lama tumis. (kalau ¼ kilo biasanya setengah jam je tapi kalau 35 kilo(seperti masa walimah shuhaib lagi) lebih 3 jam dengan api paling besar.)
9. Sentiasa meminta orang lain merasa sebab kita masak untuk orang lain makan gak selalunya taste kita lain dengan orang lain.
10. Masa memasaklah salah satu masa untuk mentarbiah sifat tawakal, kalau terlebih manis atau masin jangan takut pintu taubat sentiasa terbuka !. Selamat mencuba

About these ads

10 comments on “RESEPI AYAM MASAK MERAH

  1. kaksarah berkata:

    best :)

  2. johan berkata:

    suhail!
    kurang kan gula!!

    terimakasih atas setiap hidangan~

  3. bro jalal berkata:

    eh2…buat rupenye ko ye…thx aku dah buat tapi tu la x leh kalahkn ko nye la…x pe aku cube pelan2…
    aku kalau leh nk resepi ko wat masak kmbing tu..perh layan siot…

  4. niz@m berkata:

    suhail..nk resepi spaghetti bolognese bleh?hehehehe

  5. syed fuad berkata:

    bab masak memasak ni ana suka baca . tapi sekarnag ni lepas kawin . mcm hilang langsung skill masak . maklumlah . ade orang take over . tapi kekadang waktu pening pening lalat si pari pari , kenelah jugak ana turun dapur . ni nak asah balik ni .

    boleh tahan banyak gula ye suhail . hehehe

    suhaila , pandai masak sambal ikan bakar atau ayam bakar tak ?

    ana nak bakar dalam oven tapi temperature dengan lama bakar tu ana tak berape arif lah . enta tau tak ?

  6. mamanz berkata:

    Hi..

    Saya telah menyalin setengah dari artikel ini kedalam blog saya dan melakukan linkback kembali ke blog artikel ini untuk pembaca membaca sepenuhnya…

    Saya mempunyai beberapa rangkaian blog pelbagai topik dan ingin mengajak rakan2 blogs semua bergabung untuk menulis di blog saya, dimana setengah dari artikel rakan2 akan di jadikan main posting dan bacaan seterusnya di linkkan ke blog rakan semua untuk meningkatkan trafik…

    Silahkan hubungi saya melalui email diatas..

    Terima kasih…

  7. abg567 berkata:

    anda agk keret he….

  8. Norliza Safiah berkata:

    boleh letak serai tak??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s