Al Khalil, dia adalah Ummah! | !الخليل ,انه كان امة
1. Assalamualaikum, pada 20 hrbln yg lps, berpeluang slt jumaat di Masjid Syatbi,agak jauh dari rumah, Khutbah jumaat yg menarik, disampaikan oleh Ustaz Muhammad Umar, pendakwah bebas diMesir.
Agak sukar untuk mencari khutbah yg kena dengan jiwa buat masa sekrg, lantaran sikap beberapa pihak yg menangkap serta memenjarakan khatib2 yg hebat2. Bagi mereka yg tidak dipenjarakan mereka akan disekat dari memberi khutbah, hinggakan memgang mikrofon dimasjid blh membawa kpd hukuman buang negeri.(sumber lisan dari seorng Imam, Ustaz Ahmad Rai’d di masjid Umar Abd-Aziz).
2. Isi khutbah,menyebut mengenai kisah Al-Khalil, Nabi Ibrahim alaihisalam. Beliau merupakan Bapa kepada umat Arab seluruhnya. Byk kisah beliau diceritakan didlm Al-Quran, antaraya kisah bersama ayahnya,bersama berhala,bersama Namrud, bersama anaknya Ismail dan sebagainya.
3. Beliau digelar Ummah walaupun keseorangan kerana kemampuannya,serta kekuatan yg ada padanya yg setandinf dgn sebuah Ummah.
Membandingkan kekuatan seseorng dgn angka bilangan manusia biasa dilakukan didlm Islam, didlm sirah sendiri, Syurahbil bersama 3 org Sahabat dianggap nilainya umpama 1000 tentera bagi setiap org(betulkan jika salah).
4. Beliau merupakan ummah didlm beberapa aspek
- Ummah didalam dakwah.
- Ummah didalam aspek kekeluargaan.
- Ummah didalam ketaatan kepada Allah.
- Ummah didalam mencintai ummah yang lain.
5. Saya hanya menulis ttg yg pertama buat masa ini, Ummah didalam dakwah. (lagi…)
lebih baik mesir tak masuk world cup,setuju? | افضل لمصر ماتحوش ورلدكوب؟؟
1. Beberapa perkara sebelum bermula, tahniah pada semua yg berjaya didalam UPSR, terutamanya pada Imran dan Hayat. Congrats !! Igt lps ni dah nak msk sekolah menenga dah, dah besar dah , kena start fikir jauh, dah mula kena ready nak menjadi seorang yg memgang tanggungjawab. OK, moga dimudahkan.
2. Second, untuk SPM candidates especially Piah, buat yg terbaik, dan igt bantuan yg terbaik hanya dari Allah.
3. OK, kembali pada topik, lebih baik mesir tak masuk world cup? stuju ? Terpulang pada masing2 menilai. Kelihatan perlawanan yg diadakan terdapat byk kesan positif seperti, meninggikan tahapa kesukanan mesir, sebagai peluang promosi negara kepada dunia dan lain2. Nmaun tidak boleh dinafikan ngatifnya pun ada.
4. Dari segi sosial, kita lihat positifnya masyarakat kelihatan bersatu dan mampu menyokong negara sepenuh hati, hinggakan didalam dewan kuliah, parap ensyaraha tanpa segan silu berkata pada siswi ” jika kamu semua tak minat bola pun, sekurangnya tolong doakan kemenangan buat kami esok! “. Namun disebalik itu kelihatan suasana taksub dan asobiah yg tinggi, sehinggakan apabila pemain algeria datang kemesir, mereka dihadiahkan dengan lontaran batu-bata yga mencederakan sebilangan pemain!!.
5. Dari segi ekonomi pula ramai yg melihat ini merupakan peluang untuk promosi pelancongan ke mesir, namun adakah pulangan dari jutaan pelaburan itu berbaloi pada perkara harus seperti ini. Sedangkan dalam masa sama kewajiban kepada rakyat mesir dlm menunaikan ibadah haji yg mendatang masih ditampuk lama.
Paling kurang, lihat sendiri rakyatnya yg mana kadar kemiskinan tegar sgt tinggi. Dimanakah kebajikan dan pembangunan yg sepatutnya dilakukan oleh kerajaan? Padahal,bukankah duit jutaan yg dilaburkan dtg dari poket-poket rakyat mesir sendiri.
6. Mungkin cukup sekadar ini ulasan ringkas, namun perlu kita sedari, musuh mmg menggunakan sepenuhnya bola sebagai alat menghancurkan kita, tidak salah untuk meminatinya, dan bermain namun yg salah apabila ianya tidak pada garisan yg dikehendaki Allah. Buatlah sesuatu pada kadarnya, kerana tidak kegembiraan satu malam kerana secebis kemenangan sebuah pasukan mungkin susuli tangisan mengenangkan nasib diri yg tidak berubah. JIka tangisan tersebut didunia takpe lagi, kalau sleepas itu, wallahu a’alam.
gembira? | الفرح
1. Assalamualaikum, gembira? Harapnya begitulah. Saya yakin anda pasti bersetuju antara keinginan manusia yg top adalah merasai kegembiraan. Namun apakah ‘gembira’ dan rasanya bilakah seorng akan merasa gembira?
2. Banyak kajian dibuat untuk mengkajinya, dari kalangan ilmuan islam sehinggalah philosof barat. Dari kajian ilmu perubatan ke ilmu psychology. Ada yang megenalnya sebagai emosi, ada pula sebagai keadaan minda namun semua bersepakat bahawa keadaan gembira berlaku apabila kehendak hati manusia dipuaskan walaupun zahirnya tidak sedemikian.
3. Kita sedari bahawa kegembiraan akan dirasai apabila kita selesai menunaikan sesuatu tanggungjawab.
Begitulah sebaliknya, kegembiraan akan hilang apabila tanggungjawab tidak diselesaikan, bahkan boleh menimbulkan rasa marah, dan geram jika tidak diurus perasaan dan hati dengan keimanan dan bijak.
Begitu islam mengajar kita, seorang mukmin akan gembira tatkkala berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai mukmin,
Seorang ayah akan gembira apabila menjadi seorang ayah yg baik.
Namun ingin saya fokus kepada seorang dai’e dan murabbi.
Tiada yang lebih menggembirakan seorang murabbi melainkan apabila mutarabbi(orang yg ditarbiyah) berubah. Sedangkan keinginan untuk berubah sudah mampu melenyapkan lelah seorang murabbi. Apatah lagi perubahan darinya, diibaratkan lebih mahal dari dunia dan seisinya.
Begitu juga da’ie, tiada yg lebih menggembirakan selain dari sahutan perubahan dari individu dan jamahir, apabila pengorabanan dibalas senyuman dan kebersamaan dalam perjuangan.
Jika Allah memberi hidayah kepada seseorng disebabkan kamu, maka perkara tersebut lebih baik padamu dari unta merah(nikmat yg besar)
Namun begitu, jangan kita lupa kegembiraan yg lebih besar dari itu adalah kita dimenyelami lautan redha Allah, yg mana ia merupakan kegembiraan yang paling tinggi, dan dengan itu kita akan melupakan kepenatan yang ada lantaran kegembiraan yg dicapai, maka benarlah kata aslafuna seorang mukmin bergembira dengan kepenatannya.
Palestine Will Be Free | ماهر زين – فلسطين سوف تتحرر
1. Sedikit video lagu mengenai palestin oleh Maher Zain. Sgt menarik dan kompeten diperingkat antarabangsa.
2. KIta lihat mmg ramai yg ingin mengetengahkan isu ini, namun kita sebagai umat yg plg terkesan dihati mengenai isu ini masih agak terkblkang dlm menghaslkn produk2 menarik untuk kesedaraan awam.
3. Moga untuk hari-hari yg mendatng kita akan lebih kuat berusaha dan mencipta arus perdana. allahu musta’an
seorng Imam di Detroit dibunuh !!
1. GEMPAR!! Seorang imam telah dibunuh hanya kerana sebuah tuduhan berdsrkan sebuah kertas kerja sahaja.
2. Sungguh mudah untuk membunuh umat islam pada hari ini, hanya dgn sebuah kertas kerja dan serbuan maka mereka blhlah dibunuh.
3. Sumber berita sangat bercanggah antara satu sama lain. Hendak percaya? Kalau terlalu jelas bercanggah bagaimana ingin percaya? Sumber dari military.com kata begini , skynews kata begini, aol news kata camtu. Seolah kita dimainkan.
4. Kita memahami didalam islam bahawa untuk mengambil satu nyawa ibarat membunuh semua manusia didunia ini, dalam erti kata lain ia merupakan langkah yang paling susah untuk diambil dan tidak boleh dilakukan dengan semudah-mudahnya. Sehinggakan ada pendapat yg mengatakan nyawa hanya boleh dihukum apabila kesalahan yang berkaitan dengan nyawa, (rujuk kitab Al-Janayah a’ala nafs -Dr Sulaiman Ramadhan Muhammad Umar)
Dan dalam insiden ini, terlalu banyak langkah yg tidak diambil dalam melakukan pengadilan, perbicaraan diMahkamah tidak berlaku, apatah lagi proses pendakwaan yg plg krg pakailah konsep demokrasi yg dijulang oleh amerika. Semuanya tidak berlaku.
Sungguh kita tidak boleh berpeluk tubuh.
5. Apa respon anda selepas ini?
antara sumber -islamonline
Tahniah !!
1.Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya menamatkan pengajian diuniversiti tertua didunia ini. Namun sebuah persoalan ingin kuukir, apakah memadai dengan apa yang sudah ada dibenak itu dalam membawa sebuah perubahan diMalaysia? Ataupun hanya menggalas kegemilangan sebuah universiti dalam keadaan nilai pada diri tidak setara dengan hebatnya universiti tersebut? Wallahu a’alam.
Apepun, menamatkan ijazah adalah sbuah kejayaan, namun kejarlah kejayaan-kejayaan yang lain yang menanti dihadapan, jangan berpuas dalam memburu kejayaan. Kerana mereka yang sudah berpuas hati dgn apa yg dimiliki takkan memiliki perkara lain.
Alf mabruk ila ikhwah wa akhawatuna ial hazihi minhah rabbaniyyah, fakun shaakirin a’ala hazihi nikmat wa la tansa rabbak wa mas’uliyyah hazihi syahadah. allahu awwiiiyyna.
(insya’allah gambar akan diupload dalam masa yg mendatang)
inovasi tarbawiyyah
Assalamualaikum,dan selamat hari raya.
1. Sedang dalam fasa perlumbaan kearah kebaikan (sabiq nahwa khairaat) secara tidak langsung dengan Dr Hafiz dalam menghadam buku manhajiah dakwah wa tarbiyah-Ahmad Ar-Rasyid. Shukran,akhi kerana menunjukkan buku tersebut pada ana tempoh hari.
2. Antara yang menarik dalam bab inovasi tarbawiyyah (ikhtira’at tarbawiyah) Syeikh Ar-Rosyid meletakkan empat seni(inovasi) yang biasanya ditinggalkan murabbi dalam tarbiyah :
2.1 Adab (seni sastera) 2.2 Mantiq 2.3 Bahasa dan mustolahat 2.4 Tarikh
3. Sedikit tertarik dengan adab,sehingga menarik diri ana untuk membuka semula buku Ar-Rafi’e dan Dewan-dewan(koleksi syair) yang ada dalam simpanan.
Agak sukar memahami syair berbanding memahami kisah-kisah dan coretan-coretan wahyu AL-Qalam Ar-Rifa’i yang bersifat agak santai namun ternyata perlu juga memaksa diri memahami bait-bait tersebut,jika tidak sampai bila baru nak faham? Dah tahun tiga dah ni.
Ternyata kebanyakan syair tidak dapat dirasai zouq syair tersebut,namun terdapat beberapa syair yang sedikit menggegarkan hati.
Semakin yakin pada hati,bahawa seni-seni diatas perlulah dikumpulkan khibrah selama masih muda ini, perlulah dikuasai ketika masih berdua (sebelum hadirnya ketiga). Terasa pentingnya untuk kita buka semula lembaran-lembaran tinggalan ulama’ terdahulu dari tulisan-tulisan kreatif mereka!!
4. Sebuah syair yang ingin ana kongsikan dalam menutup post kali ini. ٍsemoga bermanfaat.
(syair ini hasil nukilan Imam Syafii meninggal pada tahun 204H)
ان الفقيه هو الفقيه بفعله ليس الفقيه بنطقه ومقاله
وكذا الرءيس هو الرءيس بخلقه ليس الرءيش بقومه ورجله
وكذا الغني هو الغني بحاله ليس الغني بملكه وماله
Sesungguhnya orang yang faqih adalah yang faqih dengan perbuatannya – bukan yang faqih percakapannya dan pertuturannya.
Begitulah juga seorang ketua,adalah ketua pada akhlaknya – bukan ketua dengan kaumnya atau pemuda-pemudanya.
Begitulah juga kaya,adalah pada kaya dirinya – bukan pada kerajaanyya dan hartanya.
Syair yang agak simple, namun agak menjawab banyak isu dalam kehidupan seharian kita, antaranya apabila melihat mereka yang faqih gagal dalam menjaga akhlak(rangkap pertama), begitu juga ketua yang menggunakan taktik ihtikar as-sowab dan taat bila hudud(rangkap kedua) dan juga melihat ramai yang alpa dan leka mahupun gugur dalam medan dakwah hanya kerana ujian dunia. (rangkap ketiga) . Kesemuanya menyentak jiwa jika dihayati. Amacam? Tersentak tak?
100 post
1. Alhamdulillah, sedar atau tidak sudah mencecah 100 post elah dipost diblog ini. Walaupun rasanya macam semalam baru terfikir apakah title bg blog ini.
2. Mungkin sedikit sejarah bagaimana blog ini terbina. Ketika baru tiba dimesir, timbul perasaan untuk sentiasa berhubung dengan mereka diMalaysia. Dan dalam masa sama, rasa terpanggil untuk menggunakan internet sebagai medium dakwah, setelah melihat beberapa blog yang memberi kesan kepada diri penulis seperti satuperkongsian dan sebagainya.
3. Maka lahirlah tekad untuk berblogging. Dengan 2 tujuan utama, ukhuwwah atas semua jalinan yang ada dan dakwah era terkini. Ketika itu masih menetap dibaubah 2 Hayyu A’ashir.
4. Mengenai title blog. Pada mulanya ingin meletakkan nama ’suhailsufian’ sebagaimana emel dan id-id diinternet yang lain, namun setelah lama berfikir tergerak untuk meletakkan frasa sebagai tajuk. tapi apa ye?
Terdetik membuka risalah Imam Asy-Syahid, maka terbaca kata-kata beliau yg sgt indah :
حقيقة اليوم احلام الامس واحلام اليوم حقيقة الغد
‘impian semalam adalah hakikat hari ini, dan hakikat esok adalah impian hari ini’
tersentuh dengan kata-kata beliau,membuatkan ignin menjadikannya mabda’ bagi blog ini. Maka setelah merenung beberapa ketika kata-kata beliau, akhirnya timbul satu perkataan yang merumuskan maksud ayat diatas, suatuharinanti.
Moga kita terus thabat diatas jalan ini. Moga Allah bersama kita dalam setiap langkah kita berjuang diatas jalannya, moga kita akan sebaris dengan mereka yang diberi nikmat, dikalangan para Anbiya’, syuhada’ dan orang-orang yang soleh, ameen.
just a qoute
“When people thinks we are bad, we have to reflect ourselves because we failed to give others a good impression.” OR “When people thinks we are bad, we shall blame them for not understanding us in the correct way.” Which one should we be?
selamat hari raya
Selamat hari raya kami ucapkan, kullu a’am wa antum bikhiar, kullu sanah wa antum ila Allah aqrab.
2. Kami mohon jutaan kemaafan atas kesalahan kami. Moga hari yg berlalu diberkati dan mendatang dirahmati.
Sungguh pada hari yang penuh barakah ini, moga kita terasa indahnya keberkatan anugerah ilahi.
3. Moga hati kita lebih mudah kembali bersama ilahi diatas tarbiyahnya selama sebulan yang berlalu.
Bersamalah kita saling bermaafan dan mendoakan antara satu sama lain.
Kullu a’am wa antum bikhair.. kullu sanah wa antum ila Allah aqrab. Allahuma.Taqabbala Allah minna wa minkum ajma’iin.
Allahumma Ameeen.
wasalam
Jelmaan hakikat.
(artikel ini merupakan hasil olahan daripada tulisan Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna bertajuk “bulan kesungguhan dan pengorbanan” didalam majalah Ikhwan Muslimin – tahun pertama – bil 24 bertarikh 11Ramadhan 1352H/ 28 Disember 1933)
1. Setiap perkara diciptakan Allah dengan hakikat yang nyata.
2. Namun apabila masa berlalu maka hakikat ini akan menjadi kabur, maka ia akan mula ditutupi oleh sangkaan-sangkaan, dan persepsi-persepsi yang jauh menyimpang dari hakikat tersebut.
3. Sesungguhnya hakikat dunia adalah ujian ” untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya “- almulk
Hakikat kehidupan dunia , ‘ bukanlah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu ‘ Ali imran 3
Hakikat penciptaan kita pula , ‘ tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembahku ‘
4. Namun hakikat-hakikat ini mula ditutupi dengan nafsu dan keduniaan yang menyimpang hingga kabur pandangan kita padanya, hingga hilang pertimbangan kita ttg keutamaannya dll.
‘ maka berkatalah mereka yang inginkan dunia, kalaulah aku dapat sepertui Qarun ‘ Al Qasas 37
Hingga akhirnya kita tidak inginkan akhirat ‘ mereka tidak mengharapkan perhitungan ‘ An-Naba’ , hingga kita tiada keinginan untuk berubah, tiada keinginan untuk melangkah lebih rapat kepada ALlah. Tinggallah ibadah sebagai sekadar menunaikan kewajipan.
5. Namun, benarlah ramadhan sebagai rahmat, yg menghimpun segala kebaikan.,
Pada bulan ini manusia mula melihat ibadah pada hakikatnya, melihat perlu untuk berlumba mendapatkan ganjaran kebaikan, keampunan dan pelepasan tengkuk2 kita dari belenggu neraka. Quran m
ula dibaca, solat sunat sudah mampu untuk melebihi 10 malahan setengah tmpt lebih 20 rakaat setiap hari.Mula tibul perasaan perlu bangun malam untuk bermunajat kepadanya.
Masya’allah, bukan sekadar ibadah, amal kebaikan pun mula dilihat sebagai keperluan . Mula timbul perasan ringan tangan untuk bersedekah. Perasaan ingin membantu mula terbit.
Ditambah lagi, hakikat ukhuwwah mula dapat dirasai, apabila perut sama lapar, maka hati mudah tersentuh dengan kelaparan yang lain. Perasaan peduli dan prohatin mula tampak terpancar.
6. Namun, hari-hari ini hanya tinggal beberapa hari yang sedikit, sebagaimana kita merasa cepatnya 25 hari berlalu, ketahuilah, bahawa 5 hari lebih pantas berlalu daripada 25 hari kita yang lepas.
Semoga kita tergolong dalam mereka yang membaca dan mengambil pengajaran
‘ Allahumma inna nas’aluka ridhaka wal jannah, wana’udzubika min sakhotika wan-nar, innaka a’afuwwun kareem, tuhibbul afwa fa’fua’nna, fa’funa’anna, ya rabb’
(disini ana kongsikan beberapa keping gambar suasana qiyam di Masjid Ibrahim) (lagi…)
pembebasan neraka vs malas
Salam, agak lama tidak menulis, kerana beberapa faktor – 1. reserve satu post (insya’allah Wan ana akan tulis) 2. Cuba kurangkan didepan komputer. 3. Agak sebok kebelakangan ni. Moga diberi kekuatan.
Baiklah bismillah..
1. Mula-mula ramadhan, berapi!! Qiyam, terawih mesti masjid salam takpun cari masjid yg buat sejuz, tilawah kalau blh nak buat 6-7 juz sehari, kira2 blh khatam 3 hari dan sebagainya.
2. Tapi bila meningkat hari, zuq ramadhan nampak makin pudar. Semangat untuk beribadah makin kurang. Amalan makin menipis. Mata semakin kering, apata lagi hati.
3. Kenapa? Faktor utama satu sahaja, walaupun awal ramadhan disambut dengan ibadah yang banyak dan pelbagai wasilah dan cara untuk menghambakan diri kepada Allah, namun ibadah2 ini bila direnung semula hanya memberi kesan kepada kulit2 kita, pada otot2 kita, pada air liur2 kita, pada tenaga dan masa yang kita, namun gagal mengesani hati-hati kita.
Allah berfirman :
” sesungguhnya padanya peringatan bagi mereka yang mempunyai hati..” – Qaf 37
Sungguh didalam ibadah, tilawah dan sebagainya, persoalan yang jarang kita tanya pada hati-hati kita, apakah solat yang aku tunaikan sebentar tadi, memberi kepadaku kekhusyukan, adakah bacaan Quran ku sebentar tadi menggetarkan hati aku, adakah sujudku sebentar tadi ku terasa rapatnbya Allah pada diri ini.
” Sesungguhnya Aku paling rapat dengan hambaku adalah didalam sujudnya ” – mafhum hadis
” dan berpesanlah didlam sabar dan solat kerana ianya sangat berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk”- Al-Baqarah
Ayyuhal ahibba’
4. Sesungguhnya Allah telah menjadikan dalam setiap tahun satu bulan yang terbaik berbanding bulan2 lain. Dan dalam bulan tersebut 10 hari terakhir yang terbaik berbandung hari2 lain dalam bulan tersebut, dan dalam 10 hari terbaik itu terdapat satu malam yang terbaik berbanding malam2 lain. Dan pahala pada malam tersebut diibaratkan seperti pahala beribadah 1000malam tanpa henti. BUkanlah 1000 malam itu dipenuhi dengan tidur, makan dan lain2 tetapi seribu malam yang hanya dipenuhi dengan ibadah!!! Bayangkan pahala yang ingin diberi oleh Allah kepada kita.
Namun, seperti yang kita fahami dari atas, malam ini hanya dilihat suatu yang berharga oleh mereka2 yang hidup hatinya, hanya dilihat berharga kepada mereka yang pada hatinya yang hidup itu, merasa takut hilangnya redha Allah darinya, takut akan dicampakkan kedalam api neraka yang membakar bersumbukan manusia. Dan malam2 ini pasti dilihat sebelah mata oleh mereka yang hatinya keras dan tidak takutkan neraka..
Kerana pada kaca mata biasa malam-malam terakhir ini sama sahaja berbanding malam2 lain. Gelap, ada bulan, dll. Dan pada mereka yang kuat imannya dengan kalam ALlah dan rasulnya, kuat tautan hatinya dengan janji2 Allah pada hari kelak sahajalah akan merasai perbezaan malam ini berbanding malam2 yang lain. Kerana tiada yang membezakan malam-malam ini berbanding malam2 lain melainkan maknawinya bukan hissinya. Perbezaannya merupakan perbezaan ruhi bukan dzahiri.
” sesunguhnya neraka itu menjadi tempat mengintai (bagi penjaga yang mengawasi neraka)…menjadi tempat kemba;li bagi orang yang melampaui batas……mereak tinggal disana dalam masa yang lama………………………………………sesungguhnya dahulu mereka tidak mengharapkan (berlakunya) perhitungan.” An-Naba’ 21-27
Wahai sahabat2ku..
Sudah cukup masanya kita berjalan setiap hari tanpa merasa kita mungkin diazab didalam neraka. Kerana antara sebab mereka yang akhirnya diazab, adalah kerana merasa tidak akan dihitung amalnnya dan konfiden bahawa konfem dah ni masuk syurga.
sekaranglah masa yang paling sesuai untuk berubah, dan mula bertaubat kepadanya.
Ingatlah soalan Allah kepada hambanya…….
” maka mengapa kamu tidak bertaubat kepadaKu dan memohon ampun padaKu? ”
1,2,3 Ramadhan!!
1. Sekadar beringat. Ramadhan hanya keesokan hari.
2. Kita akan merindui dan ‘tak sabar-sabar’ nak berjumpa dengannya jika kita benar2 ikhlas untuk mentahqiqkan hadaf kita sebagai hamba.
3. Moga kita bersama beramal untuk menjadikan hakikat kewujudan kita terlaksana.
4. Jika tidak maka tanyalah adakah kewujudan kita dibumi ini dipandang olehNya atau tidak.
5. ” Dan pada hari ini aku lupakan kamu,kerana kamu melupakan ayat-ayatku” - surah Toha
ARGH!!……. tertekan?
Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim
(maaf sudah mula menulis seperti biasa dan meninggalkan penulisan by point,harap bermanfaat)
Hidup ini memang telah Allah jadikan sebagai medan ujian iman kepadanya, yakni ujian keyakinan dan kepercayaan bahawa ada kehidupan selepas kematian, ada pengatur rezeki semasa kehidupan, ada pencari jodoh bagi perkahwinan dan suatu i’tiqad jazim bahawa kita dibawah dunia yang dimiliki oleh tuhan yang satu.
Maka secara realitinya kita akan diuji,contohnya apabila melihat rakan-rakan kita mendapat biasiswa dan derma zakat sedangkan beliau sudah selesa,dan dalam keadaan kita mungkin tiada bantuan zakat dan biasiswa,masih mengaharap bantuan ibubapa, namun sudah mempunyai tanggunngan,Apabila melihatkan markah peperiksaan yang berbeza dan lain-lain maka selepas usaha untuk mengambil semua asbab maka disitu akan menguji hati kecil kita untuk redha,sabar , bersyukur dan tawakal kepada takdir Allah.. Malah kesemua itu lebih menguji untuk kita turut sama bergembira bersama rakan kita tadi. Maka wahai akh, bersamalah kita cuba mengahayati….
Redha, apabila Allah tidak memberi kita apa yang kita ingnikan
“Boleh jadi apa yang kamu inginkan itu tidak baik buat dirimu”- Kitabullah
Syukur kepada nikmat yang Allah kurnia, byk tapi mata kita dikaburkan perasaan cinta dunia yang kuat dihati.
Tawakal kalaulah tika itu kehidpan sukar, dan mencabar. Maka nilai tawakal dan kepercayaan kepada Allah akan lebih meninggi selari dengan kuatnya ujian Allah tersebut.
Begitulah juga dengan perkara2 lain. Namun dalam keadaan sempit bagaimanapun, keyakinan bahawa bantuan Allah akan tiba merupakan sebahagian darpada iman. Mereka yang putus asa dengan rahmat dan rezeki Allah telah menghampirkan dirinya kepada lembah kejahilan dan kesesatan.
Wahai ikhwah fillah semua. ketahuilah jalan dakwah ini terbina atas pengorbanan,keperitan,kesedihan danTEKANAN! Ketahuilah selagi mana kita tidak merasainya, maka ukurlah semula sejauhmana hati kita menjalankan dakwah dan tarbiyah, sejauhmana harta kita telah disalurkan kepadanya. Sejauh mana kita telah memastikan darah kita mengalir dengan kalimah haq.
Maka tatkala kita merasai kepahitan dan tekanan jalan ini tatkala itulah kita sudah mula menghirup bauan dan wangian dakwah ini, tatkala itulah baru kita merasakan enaknya berdakwah kepada Allah.
Akhi fillah. sudah sampai masa untuk kita serius dalam memikul risalah ini.
Sedikit video untuk mengingatkan kembali betapa untungnya kita dan betapa banykanya nimat Allah kepada kita, dan moga ia menilak kita untuk lebih kuat berubah dan membawa perubahan.





leave a comment